MELAWAT KE MUZIUM NEGARA

 Saya sangat gembira berada di muzium negara. Di dalam Muzium Negara, kami melihat pelbagai kraf dan benda yang digunakan pada masa dahulu. Benda-benda ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D.Galeri A mempunyai maklumat tentang sejarah awal / tamadun manusia. Galeri B, tentang kerajaan awal tanah melayu. Galeri C, tentang Penjajahan Tanah Melayu. Dan galeri D, tentang Malaysia Kini.





Pelbagai pameran sejarah yang dapat kami lihat seperti cara hidup masyarakat setempat, senjata tradisional, corak pemerintahan dan sebagainya. Kami juga melihat Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu. Kami dapat merasa sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, yang diukir dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut pegawai yang bertugas, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu. Kami juga berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya.

Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami juga mendapat penerangan ringkas dan padat daripada Encik Badrol Hisyam Bin Abdul Rahman yang merupakan seorang petugas muzium itu untuk memantapkan lagi pemahaman kami.  Program seumpama ini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelawat.

评论